|
Pada ketika ini, Candy sedang bersama seluruh ahli keluarganya. Sekitar jam 7.00+ petang semalam, bapa dan sepupu serta pakciknya telah menjemput Candy di KKIA. Sebelum bertolak ke Kg.asal, Candy dan ahli keluarganya sempat menikmati makan di KFC Kota Kinabalu. Admin sen- diri sempat berbual dengan bapa Candy, En Clement yang kebetulan hp beliau yang dihubungi. Bapa Candy yang ternyata begitu gembira menyambut kepulangan Candy kali ini menyatakan ucapan terima kasih kerana pengurusan kepulangan anaknya yang berjalan lancar, di mana sebelum ini Candy hampir2 tidak dapat memenuhi sesi bersama peminat2 nya di Tambunan kerana jadual kerja yang ber- tembung. Keceriaan suara Candy yang rancak bercerita melalui telefon menjelaskan bertapa tidak sabarnya beliau bersama penduduk Tambunan dalam sambutan Pesta Menuai kali ini Kepulangan Candykali ini juga untuk memenuhi jemputan Datuk Joseph Pairin Kitingan, HUGUAN siou untuk membuat persembahan dalam majlis sambutan Pesta Menuai TAMBUNAN' dan bersemuka buat pertama kalinya dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah itu sebagai menghargaii sokongan kuat beliau kepada diri Candy semasa Candy dalam perjuangan di AF5. Candy bakal mempersembahkan 5 buah lagu. 2 buah lagu baru nya dalam bahasa Kadazandusun dari album barunya, sebuah lagu Melayu, lagu bahasa Inggeris dan sebuah lagu Hindi. 1 Malaysia Candy. Kepada para peminat Candy datang lah beramai-ramai pada 15hb sekitar jam 2 petang dan saksikan persembahan dari Candy, ISTIMEWA buat semua. Good Luck Candy! |