Sunday, 05 September 2010
MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR 2010 PDF Print E-mail
Written by estrue   
Friday, 25 December 2009 09:30

Salam2 semua....terlalu sibuk sampai hampir terlupa letak kad ucapan buat semua kawan2 dan peminat Candy yang menyambut hari Kristmas

pada tahun ini....sekeping kad buat semua anggap lah 'hebat buat semua' kerana makna yang tersirat kerana Candy sayang semua.

Semoga semua berada dalam kesihatan yang terbaik dan bergembira bersama seluruh ahli keluarga, di mana anda berada.

CANDY SAYANG SEMUA!! and  GOD BLESS YOU !!

 
KEPERCAYAAN DIBERI - CANDY KEMBALI BERSAMA GEMPAK SELEBRITI DESA ASTRO PDF Print E-mail
Written by estrue   
Tuesday, 01 December 2009 09:00

 BERANI KERANA BENAR - Sebenarnya Candy sendiri yang menghubungi pihak pengurusan program Gempak Selebriti Desa Astro dan memaklumkan bahawa beliau sentiasa bersedia bersama program tersebut sekiranya tenaga diperlukan. Jadual terawal Candy ketika ini ialah GSDA di Terangganu pada 04-07 Disember 09 ini. Tindakan yang begus Candy, lakukan tanggungjawab dengan baik, pedulikan isu2 yang sengaja menganggu fokus kerja. Bak kata rakan artis mu yang lagi top dan meletop itu " orang-orang macam mereka itu dengan sikap semacam itu, memang patut lah tiada kemajuan dalam industri ini". walaupun peluang diberi melimpah ruah.

 
CANDY MASIH ADA PDF Print E-mail
Written by etsrue   
Tuesday, 24 November 2009 09:29

 myMetro » Rap

Candy masih ada

Oleh MURSHID EUNOS
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

ORANGNYA ringkas dan bersahaja. Namanya juga unik dan tersendiri, tapi sayang ia belum sinonim untuk menjadi sebutan ramai. Mungkin kerana kurang menonjol dan tiada kontroversi, Candra Clement (Candy) masih lagi asing.

Bekas finalis Akademi Fantasia (AF) 5 kelahiran Tambunan, Sabah ini tidak menafikan, ketiadaan berita baru untuk dikongsikan bersama peminat menyebabkannya tercampak jauh berbanding teman seangkatan.

Persoalannya, adakah masih wujud penyokongnya yang dulu melaungkan jeritan setiap minggu ketika AF5? Si empunya diri punya jawapannya.

Gadis kecil molek berusia 20 tahun ini kini mampu menarik nafas lega, akhirnya ‘single’ terbarunya, Trouble Maker ciptaan komposer Iran, Ali Samadi berjaya menyelamatkan dirinya daripada terus tenggelam.

Baginya, single ini membuktikan namanya masih wujud di industri ini meskipun tertinggal berbanding Mila, Dafi dan Aizat. Walaupun ia tidak sebesar mana, sekurang-kurangnya dia punya cerita untuk dikongsikan.

“Trouble Maker sebuah lagu Inggeris. Walaupun saya sangat gementar menanti reaksi peminat, saya melihat perkembangan ini sesuatu yang mampu memberi lebih peluang pada saya untuk terus bertahan di sini. Maklumlah, keputusan untuk menjadi penyanyi adalah muktamad dan mustahil untuk saya berpatah balik.

“Saya peserta AF pertama tampil dengan single Inggeris dan itu lebih memberi cabaran buat saya sebagai penyanyi baru. Malah ramai terkejut dengan lagu baru ini, mungkin ini satu semangat yang perlu saya ambil secara serius untuk menyampaikannya dengan lebih baik. Namun saya yakin dengan lagu yang turut mendapat sumbangan vokal daripada seorang lagi penyanyi Iran, Stumer.

“Muziknya ‘dance’ yang sangat bersesuaian dengan pasaran hari ini. Melodinya juga serasi dengan kemampuan vokal dan personaliti saya.

“Sebenarnya semua urusan berkaitan single ini diuruskan seorang teman yang juga bekas pekerja di Maestro Records dulu. Dia yang memperkenalkan saya dengan Ali sebelum saya setuju untuk bekerjasama,” katanya.

Menurut Candy, Ali yang juga penyanyi Iran menetap di Malaysia sejak tiga tahun lalu. Muzik yang dihasilkan juga berbeza dengan sentuhan pop dan elemen moden.

“Saya berharap lagu ini dapat mengembalikan nama saya selepas single pertama ciptaan Edry dulu, Demam,” katanya.

Penyanyi yang juga sibuk dengan pelbagai rangka promosi buah tangan barunya ini turut ‘memasang’ strategi untuk turun padang dalam kerja pemasaran dan publisiti seperti berjumpa wakil stesen radio secara sendiri.

Meskipun kerjaya seninya tidak secerah teman AF yang lain, tidak secalit pun terlintas di hatinya untuk merasa cemburu, sebaliknya ia dijadikan satu inspirasi serta semangat bagi terus membina nama di persada seni.
Catatan: Sememangnya Candy kurang menonjol sehabis musim AF5 kerana kekurangan publisiti. Lagi (single pertamanya) iaitu lagu DEMAM juga menghadapi konterversi sehingga antara Candy dan lagu itu seakan begitu jauh dan hilang peluang untuk menyerlah bersama lagu sendiri. lebih cepat daripada ramalan ramai. Kontroversi berkaitan lagu Demam tidak pernah mendapat liputan media kerana sememangnya Candy tercicir dari perhatian media berbanding ketika masa Candy berada dalam af5 dulu. Ternyata ramalan2 yang menggalakkan terhadap masa depan kerjaya Candy  meleset sama sekali kerana Candy bukan subjek yang ditunggu-tunggu oleh pihak wartawan sebaik berakhir musim ke-5 rancangan Akademi Fantasia. Apa2 pun rezeki memang berbeza dan untuk mencapai sesuatu itu harus berusaha dan bukan semudah yang diharap-harapkan. Candy sendiri mengakui perjalanan kerjaya seninya harus berjalan dengan baik dan semula jadi dan tidak mahu bergantung dengan kontroversi kerana hal tersebut tidak mendatangkan kebaikan kepada nama baiknya sendiri.  
 
«StartPrev123456789NextEnd»

Page 4 of 9

Candy Fan Site Forum

Members Enterance

Who's Online

We have 4 guests online

SHOW BERSAMA CANDY